CARTA

MENU UTAMA
 
Semak Email

" The Law embodies the story of a nation's development through many centuries, and it cannot be dealt with as if it contained only the axioms and corollaries of a book of mathematics"

-Oliver Wendell Holmes-

 

 

SISTEM UNDANG-UNDANG MALAYSIA

 

Carta di atas menunjukkan tata tingkat mahkamah-mahkamah di Malaysia. Selain daripada mahkamah- mahkamah atasan dan mahkamah-mahkamah rendah, terdapat juga tiga lagi mahkamah yang mempunyai pentadbiran yang berbeza daripada mahkamah-mahkamah di atas seperti:

(a) Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa terhadap populasi rakyat beragama Islam yang menyentuh isu-isu agama dan keluarga;

(b) Mahkamah Perusahaan yang mengendalikan pertikaian perhubungan perindustrian; dan

(c) Mahkamah Asli di Sabah dan Sarawak yang mengendalikan perkara-perkara penduduk asal.

Bahasa Inggeris pada mulanya adalah bahasa rasmi yang digunakan di mahkamah-mahkamah di Malaysia. Pada tahun 1963, apabila Bahasa Malaysia diperkenalkan secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan negara, mahkamah-mahkamah dikecualikan menggunakan Bahasa Malaysia. Akan tetapi pada 11 hari bulan Julai 1990 terdapat pemindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) (Pindaan pada 1971). Bahasa Malaysia telah mengambil alih Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan digunakan di dalam semua mahkamah di Malaysia Barat. Akta yang dipinda menyatakan Bahasa Inggeris akan digunakan di mahkamah di Malaysia Barat bila diperlukan untuk kepentingan hak-hak keadilan. Sebaliknya, Malaysia Timur masih lagi menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi di mahkamah-mahkamah.

Kaedah-kaedah dan Akta-akta

 

Bangunan Sultan Abdul Samad (Mahkamah Rendah, Mahkamah Perusahaan, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-kuasa Khas)

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Wisma Denmark, Jalan Ampang

Palace of Justice ( Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan)

KEMBALI KE ATAS

Registered®SKZC Chambers